Wednesday, February 4, 2009

7 LAYER DALAM OSI MODEL

Application Layer

Lapisan ini memberikan perkhidmatan kepada pengguna dalam persekitaranOSI dan lazimnya digunakan oleh Sistem Operasi Rangkaian (NetworkOperating System).
Di antara perisian popular yang menggunakan lapisan ini ialah:
1. Telnet
2. Protokol Pindahan Fail (File Transfer Protocol, FTP)
3. Sistem Fail Rangkaian, Sun (Network Filing System, NFS)
4. AppleShare, Apple
5. Netx, Novell 6. DOOM (iD Software).

Contoh protokol yang digunakan di lapisan ini ialah:
1. DNS
2. Protokol Pindahan Fail Mudah (Trivial File Transfer Protocol, TFTP)
3. Protokol Pengurusan Rangkaian Mudah (Simple Network ManagementProtocol, SNMP)
4. Protokol Pemindahan Mel Mudah (Simple Mail Transfer Protocol, SMTP)
5. BOOTP (Bootstrap Protocol)
6. RLOGIN
7. MIME
8. NFS
9. FINGER

Presentation Layer

Lapisan ini menukar data kepada format paparan bagi membolehkan penggunaberhubung dengan mana-mana klien. Dengan erti kata lain, lapisan ini menukarkan Rujukan Rangkaian Standard (Standard Network References) kepadastandard komputer yang digunakan. Pada lapisan ini juga kefahaman atau kesamaan (establishesunderstanding) dicapai bagaimana setiap mesin atau komputer perlumengemuka dan menerima data dengan komputer lain.

Contoh protocol yang digunakan di lapisan ini ialah:
1. HTTP
2. Telnet
3. AppleTalk Filing Protocol (AFP)

Session Layer

Fungsi utama lapisan ini ialah untuk membolehkan dua stesen berhubungdan memberitahu stesen yang berkenaan sekiranya ada kerosakan padasambungan kedua-duanya serta memutuskan talian sambungan jika diarah. Lapisan ini juga mengawal struktur di antara komunikasi dengan perisianserta menjaga log masuk (login) dan kata laluan (password), sambungan yangdiwujudkan ke komputer lain dan memastikan penggunaan rangkaian yang sah.
Contoh protocol yang digunakan di lapisan ini ialah:
1. Protokol Kawalan Transmisi (Transmission Control Protocol, TCP)
2. Sambungan tertentu (Named Pipes)
3. NetBIOS
4. Protokol Apple: ASP, ZIP, ADSP, PAP

Transport Layer

Bahagian ini berkhidmat sebagai penjamin keutuhan (integrity) rangkaian.Protokol ini akan memastikan semua informasi atau paket sampai kedestinasinya dan akan memberitahu stesen penghantar mengulangipenghantaran paket jika ada yang tidak diterima atau diterima tetapi tidaklengkap. Lapisan ini juga bertanggung jawab untuk memisah dan mengumpul pesananyang panjang, keutuhan data dan alamat (addressing).

Contoh Protocol yang digunakan di lapisan ini.
1. Protokol Kawalan Transmisi (Transmission Control Protocol, TCP)
2. Protokol Datagram Pengguna (User Datagram Protocol, UDP)
3. NetBIOS/NetBEUI
4. Pertukaran Paket Terjujuk (Sequenced Packet Exchange, SPX untukNovell)
5. Protokol Komunikasi Antara Proses VINES (VINES InterprocessCommunication Protocol, VIPC)

Network Layer

Paket yang diterima diproses di lapisan ini yang memberikan alamatlogikal antara klien tanpa menghiraukan bagaimana klien mencapairangkaian. Lapisan ini juga bertanggung jawab untuk memastikan kekukuhankomunikasi, menjaga dan memutuskan sambungan (terminating connections)serta mengarah semua paket atau informasi ke destinasi akhirnya.

Contoh protokol yang digunakan di lapisan ini:
1. Protokol Internet (Internet Protocol, IP)
2. IPX (Protokol Novell)
3. Protokol Pengiriman Datagram (DDP, Apple)
4. Protokol Kawalan Pesanan Internet (Internet Control Message Protocol,ICMP)
5. Protokol Maklumat Laluan (Routing Information Protocol, RIP)
6. ARP
7. RARP
8. OSPF
9. BGP
10.IGMP

Data Link Layer

Lapisan ini boleh dibahagi kepada dua, iaitu Lapisan Capaian Media(Media Access Layer, MAC) dan Kawalan Sambungan Logikal (Logical LinkControl, LLC). Lapisan MAC menguruskan capaian kepada rangkaian seperti Token Passinguntuk topologi Token Ring manakala LCC menerima dan menghantar paket ataupesanan dari lapisan atas, iaitu Lapisan Rangkaian.

Contoh Protocol yang digunakan di lapisan ini ialah:
1. SLIP
2. CSLIP
3. PPP (Point to point protocol)
4. MTU
5. IEEE 802.2 (LLC)
6. IEEE 802.3
7. IEEE 802.5 (token ring)
8. PPP LCP (point to point protocol untuk talian bersiri)

Physical Layer

Semua ciri-ciri fizikal dan isyarat elektrik diproses di sini.Antaramuka seperti RS232 dan V.35 terletak di lapisan fizikal ini. Begitujuga kabel seperti Unshielded Twisted Pair (UTP), Koaxial dan gentianoptik boleh digolongkan di lapisan fizikal manakala peralatan sepertimodem dan multiplex turut berfungsi di lapisan fizikal. Dalam erti katalain, ia adalah lapisan pertama perkakasan.

Contoh lapisan fizikal digunakan ialah:
1. Ethernet (10Base2, 10BaseT, 100BaseT)
2. Token Ring
3. Arcnet
4. FDDI
5. Wireless (contoh FM)

Sumber : http://www.komputer.com.my/artikel/Rangkaian_satu_kemestian.txt

1 comment: